esportsMLBB

World of Tanks: HEAT Dilancarkan 26 Mei dengan Battle Tank yang Lagi Laju dan Gila

Oleh Aimirul|
Kongsi

Wargaming dah ready nak roll out eksperimen tank besar mereka yang seterusnya. World of Tanks: HEAT kini ada tarikh release rasmi, dengan game ini dilancarkan pada 26 Mei untuk PC, PS5, dan Xbox Series X/S.

Pengumuman ini datang melalui trailer baharu, bagi pemain tengok dengan lebih jelas macam mana spin-off ini cuba bezakan diri daripada formula utama World of Tanks. Dan ya, ini bukan sekadar “tank sama, grafik lagi cantik.” HEAT nampak jauh lebih laju, bising, dan arcade-style berbanding battle tank taktikal yang lebih perlahan, yang ramai veteran dah biasa.

Trailer bermula dengan tank dijatuhkan berhampiran kawasan pantai sebelum bergerak masuk ke darat dan bertembung dengan musuh. Dari situ, semuanya terus jadi metal music, letupan, misil, dan kenderaan berat bergerak jauh lebih agresif daripada apa yang biasanya kita jangka daripada game tank. Perbezaan paling besar ialah mobility: tank dalam HEAT ditunjukkan menggunakan movement tools yang membolehkan mereka memecut merentasi battlefield dan siap boleh drift bila perlu. Memang bukan tank sim zaman atuk kau.

Ada juga lebih banyak benda berlaku di atas battlefield. Jet dan drone muncul sepanjang trailer, membantu pasukan dengan missile strike dan bombing run. Satu momen kecil siap tunjuk watak di luar tank melambai antara satu sama lain selepas fight, sebelum bergegas masuk semula bila lebih banyak aircraft terbang di atas kepala. Ini memberi bayangan HEAT mahu match terasa macam combined-arms warfare yang chaotic, bukan sekadar dua barisan tank saling tembak dari cover.

Wargaming pertama kali mendedahkan World of Tanks: HEAT pada Ogos 2025, dengan fokus kepada battle multiplayer 10v10. Pada masa itu, studio ini juga mengesahkan pemain boleh customise kenderaan mereka dengan senjata berbeza, armour module, dan kosmetik. Elemen customisation ini penting sebab kalau HEAT memang nak pergi ke pace yang lebih hero-shooter-style, variasi build mungkin jadi benda yang kekalkan meta menarik selepas launch.

Untuk pemain Malaysia dan SEA, setup platform mungkin perkara paling praktikal untuk diperhatikan. Wargaming kata HEAT akan menyokong cross-progression, satu win besar kalau squad kau berpecah antara PC dan console. Game ini juga dirancang untuk compatible dengan Steam Deck dari launch, memang nice untuk pemain yang suka grind di handheld atau selalu bergerak antara rumah, kampus, dan setup balik kampung.

CEO Wargaming Victor Kislyi sebelum ini memanggil HEAT sebagai “bold vision for the franchise” studio tersebut, terutamanya kerana ia menolak combat ke arah yang jauh lebih pantas berbanding World of Tanks asal. Ini konteks penting sebab Wargaming pernah kata mereka tak berminat untuk buat World of Tanks 2 secara straight-up. Pada 2017, pandangan studio itu ialah game asal berfungsi melalui update berterusan dan evolusi, menjadikan sequel tradisional kurang berguna.

HEAT terasa macam jalan tengah: bukan World of Tanks 2, tapi cabang baharu dengan speed lebih besar, tools lebih flashy, dan energy match yang lebih accessible.

Pemain dah pun dapat rasa sedikit melalui closed beta terhad bulan lepas. Test itu termasuk lapan map, pelbagai tank, dan mode yang dibina sekitar menyerang serta mempertahankan objective battlefield. Jadi kalau kau minat multiplayer objective-based tapi nak sesuatu yang lebih berat daripada shooter askar biasa, game ini memang patut masuk radar.

Soalan sebenar sekarang ialah sama ada HEAT boleh balance spectacle dengan depth. Tank laju dan drone strike memang bunyi fun, tapi pemain SEA tahu sakitnya bila launch meta jadi gila broken dalam masa seminggu. Kalau Wargaming berjaya nail feel game ini dan kekalkan progression yang fair, HEAT boleh jadi squad game yang solid untuk geng PC dan console.

Source: GamingBolt

Tag

World of Tanks HEATWargamingPC GamingConsole Gaming